Connect with us

Terkini

Pengisytiharan Darurat Tidak Akan Menghentikan COVID-19, Kata Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 24 Okt  – Tiada rusuhan atau keganasan di Malaysia, tidak ada pelanggaran undang-undang dan perintah untuk menjustifikasikan darurat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata negara-negara dengan masalah COVID-19 yang lebih serius belum mengisytiharkan darurat di seluruh negara tetapi hanya untuk kawasan yang terjejas.



“Ia khusus bagi  menangani masalah setempat. Tetapi tidak ada yang menggantung Parlimen dan undang-undang seperti yang berlaku sekiranya darurat diisytiharkan di Malaysia,” menurut beliau dalam blognya.

Kuasa kerajaan pada masa ini sudah memadai untuk menangani pandemik berkenaan, katanya.

Advertisement

“Kita tidak melihat bantahan rakyat sebagaimana yang dilihat di Amerika Syarikat dan Eropah, rakyat kita banyak mematuhi sekatan seperti PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Apa yang darurat boleh buat untuk menghentikan pandemik ini lebih daripada apa yang kita sedang buat sekarang. Tidak ada,” katanya.

Sementara itu, Parti Amanah Negara membantah sekeras-kerasnya terhadap cadangan untuk mengisytiharkan darurat bagi menangani ancaman COVID-19.

Parti itu menyatakan, mengikut pakar-pakar kesihatan awam dan penyakit-penyakit berjangkit, tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat untuk menangani ancaman COVID-19.


Sebaliknya, apa yang diperlukan adalah untuk memperkukuhkan tindakan-tindakan kesihatan awam demi menghadapi gelombang ketiga ini, menurut Amanah dalam satu kenyataan.

Advertisement

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel