Connect with us

Terkini

“Tidak Perlu Isytihar Darurat,” Syed Saddiq Seru Kerajaan & Pembangkang Duduk Semeja Demi Negara

Negara ini tidak perlu sampai ke tahap diisytiharkan darurat, umum bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

“Siapa kata kerajaan dan pembangkang tidak boleh bersama demi Malaysia. Tidak perlu isytihar darurat.



“Panggil semua duduk semeja untuk luluskan Belanjawan 2021,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Jelasnya, antara kejayaan usaha sama terdahulu adalah berkenaan pindaan perlembagaan had umur mengundi yang diawalkan kepada pengundi 18 tahun.

Advertisement

“Kita boleh lakukannya kembali. Bersama!” tambahnya lagi.


Dalam ciapan tersebut, Syed Saddiq turut memuat naik gambar-gambar dirinya bersama beberapa individu penting negara seperti bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, Presiden Parti Islam Se-Malaysia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan sebagainya.


Sumber: Twitter

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel