Connect with us

Terkini

“Pasangkan Niat Berkhidmat Kerana Allah,” Pesanan Dr. Hisham Buat Wira-wira ”Frontliner”

Ketua pengarah kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham menyeru kepada petugas-petugas kesihatan untuk memasang niat ‘lillahi taala’ dalam perjuangan memerangi wabak COVID-19.

Dalam masa sama, beliau turut memetik ayat keenam dalam Surah al-Insyirah sebagai pembakar semangat buat mereka.


“Sebelum kita berjuang setiap hari pasangkan niat kira nawaitu kita berkhidmat demi Allah SWT dan Insya-Allah akan dipermudahkan dan dilindungi Insya-Allah.

Advertisement

“Bertabah dan bersabarlah dengan tugasan kita, negara bergantung kepada kita. Kita adalah barisan hadapan negara.

“Sesungguhnya sesudah kesulitan ini ada kemudahan Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, semua petugas kesihatan barisan hadapan serta di sebalik tabir juga ‘diserunya’ supaya momentum usaha perjuangan mereka dapat dikekalkan secara berterusan.

“Marilah kita sama-sama kekalkan usaha bersungguh-sungguh memerangi penularan COVID-19 dalam negara khususnya di negeri Sabah.


“Kita juga perlu mencegah penularan secara ‘proactive’ dan ‘preemptive’ dan mengambil tindakan kesihatan awam di lapangan serta merawat pesakit di hospital dan PKRC,” tambahnya lagi.

Advertisement

Mengimbas kembali, semalam negara digemparkan dengan jumlah kes harian positif yang mencapai empat angka dengan 1,228 kes direkodkan.

Ia menjadikannya sebagai angka kes positif COVID-19 harian tertinggi pernah direkodkan sejak wabak bermula di negara ini.

Dalam masa sama, negara juga turut berduka cita dengan tujuh kematian mangsa COVID-19 yang dilaporkan semalam, menjadikan kes kematian kini meningkat ke 221 kes bersamaan 0.9 peratus.

Sumber: Facebook Dr. Noor Hisham

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel