Connect with us

Terkini

Wanita Ditahan Bersama Lelaki Curi MPV Dakwa Sebenarnya Dia Turut Dilarikan

KEPALA BATAS – Wanita yang ditahan bersama lelaki yang melarikan sebuah kereta peronda (MPV) model Honda Civic 1.8S milik pasukan polis dalam kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) pada malam Ahad, mendakwa dia dilarikan suspek ketika sedang bekerja di Tasek Gelugor dekat sini.



Sumber berkata menurut wanita berusia 21 tahun itu, dia tidak mengenali lelaki tersebut dan dilarikan suspek ketika sedang bekerja di sebuah kedai telefon bimbit, kira-kira pukul 9.45 malam iaitu selepas suspek melarikan MPV berkenaan.

“Suspek katanya telah pergi ke kedai wanita itu bekerja dan mengarahkan dia mengikutnya kerana mendakwa suspek seorang anggota polis. Suspek memberitahu wanita berkenaan mempunyai kes jenayah yang perlu diselesaikan, dia (wanita) yang takut bertindak mengikut lelaki tersebut.

“Lelaki itu memaklumkan dia mengenali wanita tersebut yang kononnya kekasihnya namun pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Advertisement


Dalam kejadian itu, lelaki berusia 32 tahun dan adik lelakinya berumur 28 tahun telah melarikan MPV berkenaan selepas mendakwa anggota polis daripada bahagian Sumber Teknologi Maklumat yang mahu membuat pemeriksaan ke atas kamera (dashcam) yang terdapat di dalam MPV tersebut.

Susulan kejadian itu, polis melancarkan operasi mengesan MPV berkenaan sebelum berjaya menahan pemandu lelaki dan wanita bersama kenderaan itu di Shah Alam, Selangor awal pagi semalam, polis turut menahan adik lelaki kepada pemandu berkenaan di Tasek Gelugor bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPU ACP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara tersebut dan katanya tiga individu itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel