Ronnie Liu Ditahan Polis

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu ditahan, hari ini, bagi membantu siasatan berhubung status dimuat naik di media sosialnya yang mempunyai kecenderungan menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Ronnie ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, 10.40 pagi tadi.


“Tangkapan itu dilakukan bagi membolehkan kami menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Keterangannya akan dirakam dan jika semuanya selesai beliau akan dibebaskan. Apapun, ia bergantung pada keterangan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini lapor Harian Metro.

Advertisement

Terdahulu, Ronnie tiba di IPD Petaling Jaya pada 10.40 pagi untuk membantu siasatan polis.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan itu kini sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman.

Menurutnya, siasatan dijalankan pada 21 Oktober lalu ke atas akaun Facebook Ronnie Liu.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

4 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago