Connect with us

Terkini

YDP Agong Nasihatkan Ahli-ahli Parlimen Beri Sokongan Padu Kepada Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR – Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati ahli-ahli Dewan Rakyat untuk memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, ia bertujuan demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

“Al-Sultan Abdullah menyeru ahli-ahli Dewan Rakyat menghormati titah nasihat Seri Paduka Baginda untuk mereka memberhentikan segera segala perbalahan politik.

Advertisement

“Sebaliknya (haruslah) mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 dapat diluluskan tanpa sebarang gangguan,” katanya dalam perutusan rasmi Istana Negara hari ini.


Dalam pada itu, mereka juga diingatkan bahawa sengketa politik untuk kepentingan peribadi masing-masing akan merugikan negara kerana seluruh rakyat akan menjadi mangsa pada ketika negara masih lagi bergelut dengan ancaman wabak.

Selain itu, Al-Sultan Abdullah juga menegaskan bahawa Belanjawan 2021 tersebut penting sebagai langkah persediaan kerajaan dan pihak-pihak berkuasa khususnya petugas barisan hadapan untuk menangani COVID-19.

Seri Paduka Baginda berkata demikian selepas menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara, di sini hari ini.

Sumber: Istana Negara/SiakapKeli

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel