Connect with us

Mahkamah

26 Nov Pengurusan Kes Rayuan LHDN Terhadap Nooryana

PUTRAJAYA –  Mahkamah Rayuan menetapkan 26 Nov untuk pengurusan kes rayuan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi penghakiman terus dalam samannya menuntut cukai belum dibayar RM10.3 juta daripada anak perempuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa.



Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili Nooryana Najwa ketika dihubungi mengesahkan tarikh pengurusan kes itu.

Beliau berkata rekod rayuan akan difailkan pada tarikh pengurusan kes itu.

Perkara itu ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini di hadapan Penolong Kanan Pendaftar P. Sarulatha melalui e-Review.

Advertisement

Pada 26 Ogos tahun ini, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Faizah Jamaludin menolak permohonan LHDN untuk penghakiman terus dalam samannya, yang menuntut pembayaran cukai pendapatan berjumlah RM10.3 juta daripada Nooryana Najwa.


Hakim Mahkamah Tinggi mendapati sijil yang dikemukakan oleh kerajaan sebagai bukti amaun cukai tertunggak dan perlu dibayar itu, tidak ditandatangani oleh ketua pengarah LHDN, yang diperlukan di bawah Seksyen 142 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pada 24 Julai tahun lepas, kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan menerusi LHDN, menamakan Nooryana Najwa, 32 selaku defendan.

Penyataan tuntutan LHDN menyebut bahawa Nooryana Najwa gagal mengemukakan Borang Nyata Orang Perseorangan mengikut Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Taksiran 2011 sehingga 2017.

LHDN mendakwa sehingga kini, defendan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM10,335,292.36.

Advertisement

Oleh itu, LHDN menuntut daripada defendan jumlah RM10,335, 292.36, faedah atas jumlah RM10,335, 292.36 pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel