Connect with us

Terkini

Tiga Maut Termasuk Wanita Yang Dipenggal kepalanya Dalam Serangan Di Gereja Perancis

NICE: Seorang penyerang bersenjata pisau memenggal kepala seorang wanita dan juga membunuh dua lagi orang di sebuah gereja di kota Nice, Perancis pada Khamis (29 Okt), menurut polis, dalam satu kejadian yang disifatkan oleh datuk bandarnya sebagai serangan pengganasan.

Datuk Bandar Christian Estrosi berkata di Twitter bahawa serangan itu berlaku di atau berhampiran gereja Notre-Dame di bandar tersebut dan polis sudah menahan penyerang tersebut.



Polis menyatakan tiga orang disahkan meninggal dunia dalam serangan itu dan beberapa lagi cedera.

Satu sumber polis menyatakan mangsa yang dipenggal kepalanya adalah seorang wanita. Ahli politik Perancis Marine Le Pen juga menyebut tentang satu kejadian pemenggalan yang berlaku dalam serangan itu.

Advertisement

Jabatan pendakwa anti-pengganasan Perancis menyatakan ia diminta menyiasat serangan itu.

Wartawan Reuters yang berada di tempat kejadian berkata pegawai polis yang lengkap bersenjata automatik memasang penghadang keselamatan di sekitar gereja itu, yang terletak di Avenue Jean Medecin yang merupakan tempat kawasan beli-belah utama di bandar Nice.

Ambulans dan kenderaan bomba juga berada di tempat kejadian.

Serangan itu berlaku ketika Perancis bergelut dengan satu lagi kejadian pemenggalan pada awal bulan ini melibatkan seorang guru sekolah menengah, Samuel Pati di Paris oleh seorang lelaki asal Chechnya.

Advertisement

– Agensi berita/HA/ha

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel