Permohonan Najib Untuk Mencelah Semakan Kehakiman Azilah Didengar 8 Dis

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan menetapkan 8 Dis depan untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencelah dalam prosiding semakan kehakiman bekas pegawai polis Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri yang ingin mengenepikan sabitan serta hukuman mati terhadapnya atas pertuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Peguam Sarah Abishegam yang mewakili bekas perdana menteri itu, ketika dihubungi berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Suhaila Haron turut menetapkan tarikh sama untuk mendengar semakan kehakiman Azilah.

Sebelum ini, pendengaran kedua-dua permohonan ditetapkan pada 21 Okt namun tarikh itu dikosongkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang telah dilanjutkan sehingga 9 Nov.

Advertisement

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azmi Mashud hadir bagi pihak pendakwaan manakala peguam J. Kuldeep Kumar mewakili Azilah.

Azilah memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman pada 5 Dis tahun lepas bersama-sama akuan berkanun setebal 32 muka surat yang mendakwa bahawa arahan untuk membunuh Altantuya adalah daripada Najib yang ketika itu menyandang jawatan sebagai timbalan perdana menteri.


Azilah, 43, meminta agar sabitan serta hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Jan 2015 diketepikan dan perintah agar kes itu dibicarakan semula.

Pada Disember tahun lepas, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pihak media bahawa anak guamnya iaitu Najib, menyangkal semua dakwaan Azilah itu.

Azilah dan Sirul Azhar Umar, 47, telah disabitkan dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 atas pertuduhan membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi keesokan harinya pada 2006.

Advertisement

Mereka bagaimanapun telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2013 selepas membenarkan rayuan kedua-dua anggota UTK itu.

Pada 2015, Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati mereka bersalah melakukan jenayah itu.

— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago