Connect with us

Terkini

Macron Faham Umat Islam ‘Terkejut’ Dengan Kartun Nabi Muhammad SAW, Namun Tidak Boleh Terima Keganasan

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berkata beliau memahami jika umat Islam ‘terkejut’ dengan kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad SAW.

“Saya memahami orang akan terkejut dengan karikatur terbabit, namun saya tidak boleh menerima keganasan disebabkan perkara itu.



“Menjadi tanggungjawab kami untuk melindungi kebebasan dan hak kami,” katanya dalam satu temubual bersama Al-Jazeera.

Macron sebelum ini menimbulkan kemarahan umat Islam apabila mempertahankan penerbitan kartun menggambarkan Nabi Muhammad SAW oleh majalah mingguan, Charlie Hebdo, atas alasan kebebasan bersuara.

Advertisement

Dalam pada itu, pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada seorang pemuda Tunisia yang ditahan selepas disyaki mengamuk dan membunuh tiga orang di sebuah gereja di Nice baru-baru ini, mendapat bantuan pihak luar.


Brahim Issaoui, 21, yang tiba dari Tunisia bulan lalu, dan menurut pendakwa raya, dituduh kerana membunuh tiga individu dalam serangan di Notre-Dame Basilica, Khamis lalu.

Serangan itu berlaku ketika Perancis masih terkejut dengan tragedi seorang guru dipenggal lehernya di luar sebuah sekolah selepas memaparkan karikatur Nabi Muhammad SAW. – AFP

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel