Connect with us

Jenayah

Suspek Kes Bunuh Siti Nur Surya Kelihatan Sugul Dan Menggigil

MARANG, 3 Nov – Seorang pelajar perempuan tingkatan enam yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Siti Nur Surya Ismail yang mayatnya ditemukan dengan kesan tetakan pada badan manakala tangan kirinya putus dalam kejadian di Lubuk Batu, Terlemong, Ahad lepas, ditahan reman tujuh hari.



Majisret Engku Nurul Ain Engku Muda hari ini membenarkan pelajar berusia 19 tahun, yang merupakan rakan sekolah mangsa sehingga tingkatan lima itu direman bermula hari ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu, tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 10.10 pagi, kelihatan sugul dan menggigil, seolah-olah menahan sebak, selain panik apabila dihampiri ramai jurugambar.

Pelajar berkenaan ditahan di Balai Polis Telemong pada pukul 8.15 pagi semalam ketika tampil bersama ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Advertisement


Dalam kejadian Ahad lepas, Siti Nur Surya, 19, yang menjaga ibunya yang terlantar akibat sakit kanser otak tahap tiga, ditemukan dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumahnya.

Mayat mangsa ditemukan adik perempuannya yang berusia 15 tahun semasa pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang.

Sumber: Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel