Connect with us

Terkini

Syed Saddiq Persoal Kenapa JASA Dapat RM81 juta?

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengkritik peruntukan RM81 juta oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mempersoalkan kenapa jabatan berkenaan memperoleh peruntukan yang sangat besar berbanding keperluan-keperluan lain.



Dalam Anggaran Perbelanjaaan Persekutuan 2021, bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia disiarkan di laman rasmi Kementerian Kewangan menyatakan fungsi Jasa, iaitu untuk membangunkan komuniti sehingga ke peringkat akar umbi melalui komunikasi berkesan antara kerajaan dan rakyat.

“Dahulu bawah BN (Barisan Nasional) pun (dapat) RM30 juta. Malangnya, peruntukan baik pulih sekolah daif dikurangkan ke RM58 juta.


“Peruntukan kesihatan mental hanya RM24 juta,” kata beliau dalam ciapan di akaun Twitter peribadinya.

Peruntukan pertama sebanyak RM4 juta bawah belanjawan komunikasi strategi dan peruntukan ke-2 RM81.5 juta bawah dasar baru.

Jumlah kedua-duanya, iaitu RM85.5 juta adalah peningkatan 185% daripada RM30 juta diperuntukkan kepada jabatan itu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Belanjawan 2018.

Advertisement

Operasi Jasa dihentikan selepas Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan persekutuan sebagai langkah mengurangkan kos.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel