Connect with us

Terkini

Semua Sekolah Seluruh Negara Ditutup Hingga Cuti Akhir Tahun 17 Disember

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan bahawa semua sekolah seluruh negara termasuk Kolej Vokasional yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan ditutup bermula 9 November 2020 sehingga hari akhir persekolahan, 17 Disember 2020, bagi negeri Kumpulan A.



Manakala, bagi negeri Kumpulan B, sekolah akan dibuka semula pada 18 Disember 2020.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan oleh YB Dr Mohd Radzi Md Jidin, sebentar tadi.

”KPM mengambil maklum pengumuman oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan pada 7 November 2020 berhubung perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali negeri Kelantan, Pahang dan Perlis.

Advertisement

”Tempoh PKPB ini adalah selama empat minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020. Manakala, PKPB di Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan turut dilanjutkan sehingga tarikh tersebut.


”Mengambil kira pengumuman tersebut serta takwim persekolahan tahun 2020, KPM telah memutuskan bahawa semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di bawah KPM di negeri-negeri terlibat akan ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember bagi negeri Kumpulan B,” kata beliau.

Sumber: Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel