Connect with us

Terkini

Tan Sri Dr Noor Hisham Jawab Dakwaan Takut Mati – “Kita Sebagai Islam, Kita Terima Di Mana-Mana Pun Kematian Boleh Berlaku”

Tidak timbul isu takut mati – itu kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, selepas dia dikecam seorang ahli parlimen kerajaan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan wartawan dalam sidang media hariannya di Putrajaya, Noor Hisham malah menegaskan setiap sesuatu yang bernyawa pasti akan mengalami detik kematian.



Kata Noor Hisham dia sudah turun padang pada akhir Ogos lalu untuk melihat sendiri bagaimana persiapan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sabah menjelang pilihan raya negeri itu.

“Saya juga telah arahkan timbalan saya, Dr Chong (Chee Kheong) untuk turun sama. Tan Sri Jamilah (Mahmood, Penasihat Khas Kesihatan Perdana Menteri) juga turun sama dua minggi lepas untuk melihat tindakan kita dan pengurusan Covid-19.

Advertisement

“Jadi tidak timbul isu kita takut mati,” katanya.

Noor Hisham kemudian membacakan sebahagian daripada ayat 185 surah ali-Imran yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati” dan potongan ayat 156 surah al-Baqarah bermaksud “(iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”


“Kita sebagai Islam, kita terima (yakin) di mana-mana pun kematian boleh berlaku,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Menurut Noor Hisham KKM membuat perancangan yang khusus untuk Sabah.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel