Connect with us

Terkini

Dakwa KP Kesihatan ‘Takut Mati’: MP Bintulu Akhirnya Minta Maaf

Selepas hampir lima hari mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah “takut mati” kerana tidak turun padang melawat hospital akhirnya Anggota Parlimen Bintulu Tiong King Sing memohon maaf.

Dalam satu kenyataan Duta Khas Perdana Menteri ke China itu berkata, permohonan maaf tersebut dibuat bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat lancar.



Tiong sekali lagi menjelaskan bahawa kenyataannya ketika perbahasan Belanjawan 2021 itu tidak mempunyai niat untuk mempersoalkan komitmen petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM), termasuk Noor Hisham.

“Bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat yang lancar dan demi kepentingan serta keharmonian negara, saya membuat permohonan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata saya ketika perbahasan Belanjawan 2021.

Advertisement

“Langsung tidak terdetik untuk saya menafikan amalan mulia semua barisan doktor, jururawat, frontliners, termasuk ketua pengarah kesihatan,” katanya dalam kenyataan.

Tiong berkata, niat asalnya adalah untuk menyuarakan kebimbangan rakyat supaya langkah lebih berkesan diambil dalam memerangi penularan wabak Covid-19.


“Saya hanya berniat untuk membahas soal Covid-19 yang membimbangkan rakyat supaya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Saya tidak mahu oleh kerana saya, seluruh urusan Dewan Rakyat yang mulia ini terganggu,” katanya lagi.

Sebelum ini Dewan Rakyat kecoh selepas Tiong mendakwa Noor Hisham “takut mati” kerana tidak turun padang melawat hospital, sebaliknya meraih publisiti dengan mengadakan taklimat harian Covid-19.

Advertisement

Baca: Dewan Rakyat Kecoh, MP GPS-Bintulu Keluarkan Kenyataan “DG (Ketua Pengarah Kesihatan) Takut Mati…

Beliau mendakwa Noor Hisham tidak pergi ke hospital untuk memberi sokongan moral kepada kakitangan perubatan.

Katanya, keadaan Covid-19 di Sabah semakin teruk dan ketua pengarah kesihatan itu sepatutnya turun padang.

Baca: Tan Sri Dr Noor Hisham Jawab Dakwaan Takut Mati – “Kita Sebagai Islam, Kita Terima Di Mana-Mana Pun Kematian Boleh Berlaku”

Kenyataan Tiong itu telah mencetuskan kemarahan banyak pihak, termasuk wakil kerajaan dan pembangkang.

Advertisement

Baca: “Pastikan Kita Pasangkan Niat, Nawaitu Kita Berkhidmat Kerana Allah SWT,” Dr Noor Hisham Titip Pesanan Buat ‘Frontliners’

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel