Ebit Lew Dapat Panggilan Dari Zoo Negara Perlukan Bantuan, Terus Bawa 200kg Daging, 500kg Buah Dan Sayuran

Umum mengetahui bahawa Ustaz Ebit Lew merupakan antara pendakwah tempatan yang langsung tak lokek dalam berkongsi rezekinya bersama golongan yang memerlukan.

Banyak membantu ketika pandemik COVID-19, pendakwah ini sekali lagi membuatkan ramai terharu apabila dia dikhabarkan telah membantu menyelamatkan haiwan di Zoo Negara.


Menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya, Ustaz Ebit Lew menjelaskan bahawa dia menerima permintaan secara terus daripada pihak di zoo tersebut sebelum menyampaikan bantuan pada hari yang sama.

“Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana. Saya dapat tahu tengah hari tadi. petang ni terus bawa 200kg daging lembu dan 500kg buah-buahan dan sayuran.

Advertisement

Bukan itu sahaja, pendakwah itu turut mendedahkan bahawa Zoo Negara kini memerlukan dana sebanyak RM1 juta bagi tujuan makanan dan penyelenggaraan setiap hidupan yang berada di sana.


Disebabkan keadaan semasa yang masih belum pulih, Zoo Negara khabarnya tidak mampu untuk menjana pendapatan secukupnya kerana kehadiran pengunjung yang tidak memberangsangkan.

Malah, Zoo Negara dikatakan turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin membantu sama ada dari segi wang atau pun makanan.

“Dulu saya sampai sini masa darjah satu. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan kepada anak haiwan-haiwan di sini,” katanya.

Pada masa sama, Ebit turut memaklumkan bahawa orang ramai yang mahu memberikan sumbangan boleh menghubungi pihak Zoo Negara.

Advertisement

“Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan. Rupanya Zoo Negara dikendalikan oleh NGO (Badan bukan kerajaan) sahaja.

“Jadi, sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi Zoo Negara,” katanya lagi.

Terima kasih Ustaz Ebit Lew.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

7 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

8 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago