Tulisan Jawi: Adun Tras Gagal Peroleh Semakan Kehakiman

Mahkamah Tinggi di Kuantan hari ini, menolak permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tras Chow Yu Hui bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri Pahang mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di negeri ini.


Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz juga memerintah Chow, 37, selaku plaintif untuk menjelaskan kos masing-masing RM5,000 kepada Majlis Daerah Raub (MDR) dan kerajaan negeri Pahang, yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu.

Pada penghakimannya, Zainal Azman berkata mahkamah tidak perlu campur tangan dalam polisi penggunaan tulisan jawi yang diwajibkan mulai 1 Jan 2020 kerana telah diputuskan oleh kerajaan negeri mengikut tatacara yang betul.

“Polisi ini telah dibincangkan dan dibahaskan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Pahang yang bersidang pada 29 Mei 2019 juga bersetuju dengan penyeragaman penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di Pahang.

Advertisement

“Jika mahkamah harus menyemak segala keputusan mesyuarat exco, maka akan berlaku banyak polisi yang hendak dibantah dibawa ke sini, walaupun dibuat dengan tatacara yang betul. Sehubungan itu, mahkamah memutuskan tiada merit di peringkat ini untuk pemohon diberikan kebenaran,” katanya.


Zainal Azman juga menolak hujah Chow bahawa semua arahan berkaitan penggunaan tulisan jawi itu adalah terbatal dan tidak boleh diguna pakai kerana arahan tersebut tidak diwartakan, memandangkan beliau mempunyai pengetahuan mengenai pelaksanaan polisi berkenaan.

Ini, menurut Zainal Azman berdasarkan kedudukan Chow selaku Adun di Pahang, selain pusat khidmat beliau telah menerima surat daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada Julai 2019 disusuli notis garis panduan penggunaan tulisan jawi daripada MDR pada Oktober 2019.

Pada prosiding itu, peguam Chong Kar Yan mewakili Chow manakala MDR diwakili peguam Datuk T Anandan dan Farah Nur Atiqah Bahari sementara Peguam Kanan Persekutuan Noor Fadzila Ishak mewakili kerajaan negeri Pahang.

Sementara itu, Chow semasa ditemui Bernama berkata beliau menghormati keputusan mahkamah dan akan berbincang sama ada akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Advertisement

Chow memfailkan permohonan itu pada 9 April lepas, bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya keputusan mesyuarat Exco Pahang dan garis panduan dikeluarkan MDR berhubung tulisan jawi dibatalkan.

Beliau juga berhasrat mahkamah mengeluarkan perintah agar notis kesalahan yang dikeluarkan MDR pada 9 Jan 2020 kerana didakwa gagal mempamerkan tulisan jawi pada papan tanda pusat khidmatnya, dibatalkan.

– Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

2 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

6 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

12 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago