Connect with us

Terkini

Mukhriz Cadang Perlembagaan Persekutuan Berkaitan Pilihan Raya Dipinda

KUALA LUMPUR, 18 Nov — Ahli Parlimen Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mencadangkan agar Perkara 55 (3) Perlembagaan Persekutuan berkenaan pembubaran Dewan Rakyat dipinda untuk membenarkan kerajaan menunda pilihan raya atas alasan keselamatan atau kesihatan rakyat sehingga ancaman berakhir.



Mukhriz  berkata usul itu yang akan beliau kemukakan sebagai usul persendirian, memenuhi kriteria Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat iaitu  “perkara sesuatu, berkehendak disegerakan dan berkenaan kepentingan ramai”.

“Oleh sebab negara dilanda satu wabak yang mengancam nyawa rakyat, maka Jerlun ingin mengusulkan agar satu pindaan terhadap perkara 55 (3) Perlembagaan Persekutuan berkenaan pembubaran dewan dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 dan dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 14 dalam Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Tujuan usul ini ialah untuk membenarkan kerajaan menunda pilihan raya atas alasan keselamatan atau kesihatan rakyat sehinggalah ancaman itu berakhir,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat di sini.

Advertisement

Perkara 55 (3) Perlembagaan Persekutuan berkaitan ‘memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen’ menyebut: “Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar”.

Menyedari pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat, Mukhriz yang kini mewakili Parti Perjuang yang pendaftarannya masih belum diluluskan, berkata beliau percaya kerajaan Perikatan Nasional juga inginkan pandemik COVID-19 ditangani sebaik mungkin.

“Maka kerajaan harus menyokong cadangan pindaan ini, malah ada baiknya jika kerajaan sendiri yang derafkan usul untuk dibentangkan di dewan yang mulia ini.


“Jerlun sangat yakin sekiranya wujud azam politik yang tinggi dalam kalangan semua pihak, kenapa tidak Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menyelamatkan rakyat daripada ancaman penyakit seperti COVID-19.” katanya.

Malah katanya usul itu juga selaras dengan hasrat beberapa wakil kerajaan sebelum ini yang berpandangan darurat perlu diisytiharkan di negara ini bagi membendung penularan pandemik tersebut.

Advertisement

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel