Connect with us

Pilihan Editor

Tinjauan: Muhyiddin Jadi PM Pilihan Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Perdana Menteri pilihan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan memperoleh majoriti 65 peratus sokongan daripada 2,096 responden terbabit dalam tinjauan bebas yang dijalankan oleh badan pemikir bebas, Emir Research.



Hasil laporan penyelidikan Bahagian 2 oleh Emir Research bagi suku ketiga tahun ini (3Q20) pada Ogos lalu mendapati bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menduduki tempat kedua dengan sokongan 10 peratus, disusuli Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lapan peratus.

Ini diikuti Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (6 peratus) dan Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan sokongan tiga peratus.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Bersatu, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lalu.

Advertisement

“Corak sokongan direkodkan merentasi pelbagai kumpulan demografi. Bagaimanapun, Muhyiddin menerima sokongan lebih besar dari kalangan responden bandar iaitu 68 peratus.

“Muhyiddin menjadi pilihan responden merentasi semua negeri kecuali Pulau Pinang di mana Dr Mahathir menerima sokongan terbesar.


“Dari segi gender, kumpulan responden wanita juga menunjukkan sokongan padu kepada Muhyiddin dengan 73 peratus. Dari segi usia, Muhyiddin mendapat lebih banyak sokongan dalam kalangan orang muda. Beliau juga mendapat sokongan lebih besar dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak,” menurut Emir Research dalam kenyataan hari ini.

Laporan itu menunjukkan Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, memperoleh sokongan yang agak kuat daripada kaum Cina dan India, masing-masing dengan 50 dan 49 peratus.

“Sokongan kedua tertinggi dalam kedua-dua kumpulan etnik ini pula diberikan kepada Anwar manakala golongan berpendidikan tinggi pula memberi sokongan positif kepada Muhyiddin,” menurutnya.

Advertisement

“Bagi kumpulan kaum Cina dan India, tahap kepuasan kerajaan tidak menjadi pendorong kepada pemilihan pemimpin politik mereka.

Sebaliknya, responden Melayu dan Bumiputera yang menyokong Muhyiddin mencatatkan tahap kepuasan yang jauh lebih tinggi dengan kerajaan selaras dengan model ‘Voters Worry-Satisfication Valence’ iaitu kepuasan yang lebih besar dengan pemerintah yang berkuasa mendorong kepada sokongan yang lebih besar oleh rakyat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, satu penjelasan yang mungkin untuk hasil membingungkan ini adalah keinginan sebuat suara untuk melihat kestabilan kerajaan yang merupakan salah satu tema paling jelas dalam kajian penyelidikan kualitatif ini.

Para pembahas merentasi kesemua Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) berulangi kali mengulangi bahawa kestabilan kerajaan adalah paling penting pada waktu yang mencabar ini.

“Salah satu pembahas membuat kesimpulan bahawa ramai orang mengatakan bahawa kerajaan semasa adalah kerajaan yang kita perlukan, bukan kerajaan yang anda inginkan, bukan kerajaan yang telah kita pilih,” katanya.

Advertisement

Dalam terma penafian (disclaimer), Emir Research menyatakan oleh kerana FGD dijalankan pada Julai dan tinjauan pada Ogos, ia tidak mengambil kira perkembangan terbaru dalam negara termasuk gelombang ketiga lonjakan kes jangkitan COVID-19 yang bermula lewat bulan lalu.

Badan pemikir bebas itu juga menyatakan tinjauan itu tidak mengambil kira intensiti berpolitik dalam kalangan ahli politik yang mendorong kepada percubaan merebut kuasa sehingga menyebabkan Pilihan Raya Negeri Sabah diadakan pada 26 Sept lalu.

Selain itu, dakwaan Anwar yang mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dan akhirnya permohonan cadangan isytihar darurat ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel