Connect with us

Pilihan Editor

Tengku Razaleigh Umum Tidak Akan Sertai Perbahasan Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat kerana mendakwa kesahihan kerajaan yang ada masih belum ditentukan.

Pendirian beliau itu dibuat menerusi satu surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun bertarikh 19 Nov lalu yang diterima media.



“Oleh kerana kesahihan kerajaan kini masih belum ditentukan, saya terikat dengan suara hati dan sumpah jawatan yang telah saya lafazkan.

“Maka saya tidak dapat turut serta dalam perbahasan belanjawan ini,” katanya menerusi surat tersebut.

Advertisement

Menerusi surat itu, Tengku Razaleigh, yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, menyatakan dengan mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2021, tanpa memastikan  perdana menteri dan jemaah menteri sah atau tidak dalam jawatan, akan menjejaskan salah satu prinsip penting Perlembagaan.

“Ia  akan menghasilkan akibat buruk dalam usaha kita mendukung Perlembagaan dan mempertahankan Kedaulatan Undang-Undang,” katanya.

Pada 25 Sept lalu, Tengku Razaleigh telah mengutus surat kepada Azhar yang bertujuan menggesa agar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dibentang dan diberi keutamaan untuk dibahas pada persidangan Dewan Rakyat.


Azhar kemudian  mencadangkan agar tokoh veteran UMNO itu berunding dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan supaya usul tidak percaya itu dibentangkan.

Tengku Razaleigh bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Azhar kerana berpendapat Takiyuddin tidak mempunyai apa-apa peranan dalam menentukan sama ada usul undi tidak percaya boleh dibentang atau sebaliknya.

Advertisement

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel