Connect with us

Terkini

Beberapa Pelajar Dilapor Cedera Selepas Terjatuh Dari Jambatan Gantung Yang Terputus Ketika Cari “Line” Internet

Beberapa orang pelajar sekolah dari Kg Gusi di Ranau, Sabah dilaporkan telah terjatuh dari jambatan gantung yang terputus semasa mereka sedang mencari talian internet.

Kejadian itu telah disahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam menerusi Facebook rasmi milik beliau sebentar tadi.



Menurutnya, jambatan gantung yang telah dibina sejak 10 tahun lalu itu sudah lusuh dan usang.

“Lapan pelajar ini berkumpul di satu kawasan di atas jambatan dan ini mungkin salah satu punca kenapa jambatan putus.

Advertisement

“Minggu depan saya sendiri akan ke kampung itu untuk memantau keadaan jambatan,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya akan membina jambatan baru dan beliau berharap akan mendapat peruntukan dari kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri.

“Saya mengarahkan pegawai-pegawai saya untuk berjumpa dengan ICU Jabatan Perdana Menteri supaya mendapatkan peruntukan pembinaan jambatan gantung tersebut. Pengangkutan sekarang ini hanya menggunakan sampan kecil atau bot,” ujarnya lagi.


Beliau juga berharap agar penduduk bertabah dan mendoakan agar semua pelajar yang cedera segera sembuh.

“Dan juga kita mohon agar mereka bersabar sedikit sebab kita akan cuba sedaya upaya untuk menggantikan jambatan gantung yang putus itu,” katanya.

Advertisement

Sumber: Dr. Joachim Gunsalam

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel