Connect with us

Terkini

Jambatan Gantung “Stesen Internet” Putus, Dua Remaja Cedera Parah Di Ranau

KOTA KINABALU, 27 Nov – Jika sebelum ini tular klip video pelajar di negeri ini terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan akses Internet, Isnin lepas, seorang pelajar antara dua remaja cedera selepas jambatan gantung setinggi 18 meter yang menjadi “stesen Internet” mereka putus ketika mengikuti pembelajaran dalam talian.

Kejadian di Kampung Gusi, kira-kira 80 kilometer dari pekan Ranau itu disahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kundasang ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.



Menurutnya kejadian berlaku kira-kira 9 malam ketika sekumpulan lapan remaja termasuk tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Sugut berkumpul di atas jambatan berusia 10 tahun berkenaan bagi mengakses Internet.

Dua daripada mereka termasuk pelajar cedera pada bahagian kaki dan tulang belakang selepas terjatuh dari jambatan itu, katanya.

Advertisement

“Jambatan gantung ini sering digunakan sebagai stesen untuk mencari talian Internet dan para pelajar terbabit berkumpul di jambatan berkenaan berkemungkinan menjadi antara punca pengikat jambatan terputus. Jambatan gantung ini dibina 10 tahun lalu, sudah usang walaupun pernah dibaiki sebelum ini,” katanya.

Joachim berkata pelajar yang patah kaki itu telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk rawatan lanjut.

Mengulas lanjut, beliau berkata kejadian tersebut  menunjukkan betapa pentingnya infrastruktur telekomunikasi, khususnya di kawasan luar bandar Sabah  perlu dipertingkat pada kadar segera.

Mengambil contoh Ranau khususnya Dewan Undangan Negeri Kundasang, Joachim berkata capaian Internet di daerah itu amat lemah.

Mengenai jambatan gantung yang roboh itu, Joachim memberi jaminan sebuah jambatan gantung baharu akan dibina bagi memastikan keselesaan dan keselamatan penduduk setempat.

Advertisement

Jambatan itu yang dibina menggunakan kabel besi dan papan, menghubungkan penduduk Kampung Gusi dengan kebun mereka serta kawasan perumahan lain, dan mereka kini terpaksa menggunakan sampan kecil sebagai pengangkutan ke kawasan tersebut, katanya.

“Saya berharap penduduk dapat bersabar sedikit dan kita akan cuba sedaya upaya untuk menggantikan jambatan gantung yang terputus ini,” katanya, menambah pihaknya akan membuat tinjauan ke kawasan berkenaan minggu depan.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel