Connect with us

Terkini

Lelaki Dipecat Selepas Bergambar Dengan Mayat Maradona

BUENOS AIRES: Seorang pekerja rumah pengebumian dipecat gara-gara tindakannya mengambil gambar bersebelahan keranda Diego Maradona.

Gambar mengejutkan itu menunjukkan pekerja terbabit memberikan reaksi bagus di tangannya di sebelah mayat legenda berusia 60 tahun itu.



Lelaki terbabit difahamkan ditugaskan untuk mempersiapkan mayat Maradona untuk upacara pengebumian.

Pemilik pusat pengebumian Sepelios Pinier mengesahkan kepada media tempatan bahawa pihaknya sudah memecat pekerja berkenaan.

Advertisement

Gambar yang tular di media sosial itu mencetuskan kemarahan peminat legenda Argentina yang memenangi Piala Dunia itu.

Seorang pemilik akaun Twitter menulis: “Dia sepatutnya digugurkan kewarganegaraan Argentina. Anda tidak sepatutnya melakukan perbuatan seperti itu. Jelas sekali tiada hormat.”

Maradona meninggal dunia ketika tidur selepas mengalami serangan jantung, kelmarin.

Legenda itu sedang menjalani rawatan di rumahnya di Tigre selepas keluar dari hospital 11 November lalu susulan pembedahan membuang darah beku di bahagian otak. – AGENSI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel