Connect with us

Jenayah

Polis Terima Lagi Satu Laporan Kes Cabul Babitkan Pendakwah Selebriti

Polis menerima satu lagi laporan cabul terhadap seorang pendakwah selebriti yang ditahan ketika ini berhubung kes dakwaan merogol seorang gadis.

Laporan polis tersebut dibuat seorang lagi wanita tempatan berusia 22 tahun di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, wanita yang merupakan seorang penuntut di sebuah kolej tempatan itu mendakwa dicabul pendakwah selebriti tersebut pada 17 Oktober lalu.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa mendakwa dipelawa suspek ke rumahnya di Damansara Perdana untuk mengajarnya mengenai ilmu pemasaran perniagaan.

Advertisement

“Semasa di rumah suspek, mangsa mendakwa dicabul olehnya dan penuntut tersebut turut dipaksa melakukan seks oral.

“Mangsa mengalami trauma dan kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 27 November lalu, suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira 11 malam selepas tampil memberi keterangan di IPD Shah Alam.

Pendakwah selebriti itu ditahan selepas mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan pada pukul 7.18 malam.

Berdasarkan laporan, mangsa yang berusia berusia 23 tahun dipercayai keluar dengan suspek yang dikenali menerusi Instagram kira-kira 8 malam, 11 September tahun lalu.

Advertisement


Mangsa dikatakan menaiki kereta BMW untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam.

Suspek kemudian dipercayai membawa mangsa makan di kedai makan di Batu 3, Shah Alam sebelum membawanya ke rumahnya di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan berhubung bagaimana hendak pulih daripada penyakit kemurungan.

Bagaimanapun, ketika berada di rumah berkenaan, mangsa didakwa dirogol dan tidak berdaya untuk melawan di samping tidak tahu cara keluar dari tempat terbabit.

Suspek juga dikatakan memberi amaran kepada mangsa untuk merahsiakan perkara itu serta memaklumkan mangsa dipantau daripada jauh.

 

Advertisement

Sumber: UTUSAN ONLINE

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel