Connect with us

Terkini

Addy Kanna, Alvin Goh Ditahan Dua Tahun Di PPK – Bukit Aman

Suspek utama sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian, Zaidi Kanapiah atau dikenali sebagai Addy Kanna dan Goh Leong Yeong atau Alvin Goh serta dua anggota polis dikenakan perintah tahanan selama dua tahun mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA).



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata kesemua mereka akan ditempatkan di Pusat Pemulihan Khas (PPK) Simpang Renggam, Johor; PPK Pokok Sena di Kedah dan PPK Bentong, Pahang.

“Perintah berkenaan dikeluarkan pada 25 dan 26 Nov sebelum kesemua mereka dihadapkan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan (Kementerian Dalam Negeri) untuk tindakan selanjutnya.


“Selain itu, polis turut menahan seorang suspek lelaki warga China dikenali sebagai Chen De Wei, 31, dipercayai mengetuai sindiket Macau Scam di negara ini dalam operasi khas di Mont Kiara di sini, pada 15 hingga 20 Okt lepas,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di Kuala Lumpur hari ini.

Advertisement

– Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel