Undi Percaya Hanya Jawatan MB, Kerajaan PN Perak Mesti Dikekalkan – UMNO

KUALA LUMPUR, 4 Dis — UMNO berpendirian bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak mesti dikekalkan kerana undi percaya yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya melibatkan jawatan Menteri Besar.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata undi percaya terhadap Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini tidak mengubah status kerajaan negeri.


“UMNO juga berpendirian bahawa BERSATU dan PAS harus bersama menyokong kerajaan PN Perak,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Ahmad Faizal, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, gagal memperoleh sokongan majoriti ADUN apabila hanya menerima 10 undi menyokong manakala 48 tidak menyokong dan satu berkecuali.

Advertisement

Usul itu dibawa oleh ADUN Pengkalan Baru daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Abd Manap Hash

Berikutan itu, Ahmad Faizal, yang juga Timbalan Presiden BERSATU, menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah petang ini bagi menyembah maklum situasi semasa politik negeri itu kepada baginda.

Selepas menghadap Sultan Perak, Ahmad Faizal memaklumkan beliau ketika ini masih menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar sehingga lantikan baharu dibuat,


DUN Perak merangkumi 25 ADUN (BN) yang kesemuanya daripada UMNO, 16 (DAP), BERSATU (lima), Amanah (lima), PKR (tiga), PAS (tiga), Gerakan dan Bebas masing-masing satu.

— BERNAMA

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

7 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

10 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

16 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago