Connect with us

Terkini

Usul Undi Percaya Terhadap MB: Ahmad Faizal Gagal Dapat Sokongan Majoriti

IPOH, 4 Dis  — Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul ‘keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar’  (undi percaya) yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.



Dalam undi sulit terhadap usul itu, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang hanya menerima 10 undi menyokong beliau sebagai menteri besar, manakala 48 tidak menyokong dan satu berkecuali.

Usul tersebut dibawa oleh ADUN Pengkalan Baru daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Abd Manap Hashim.


DUN Perak merangkumi 25 ADUN BN yang kesemuanya daripada UMNO, 16 daripada DAP, Bersatu (5), Amanah (5), PKR (3), PAS (3), Gerakan dan Bebas masing-masing satu.

Advertisement

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel