Connect with us

Terkini

6 Remaja ‘Belasah’ Buaya, Selamatkan Rakan Dari Dibaham

Seorang remaja lelaki terselamat daripada dibaham buaya selepas enam rakannya ‘membelasah’ haiwan tersebut di Sungai Kampung Mengkabong di Tuaran, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Mohd Hamizi Halim berkata mangsa Azlan Arif Abdullah,16, cedera di bahagian badan, kaki kanan dan perut dalam kejadian jam 3.30 petang.



Katanya, buaya berukuran kira-kira 1.52 meter panjang itu menyerang dan menggigit salah seorang kumpulan remaja dan kanak-kanak yang berumur antara sembilan dan16 tahun ketika mereka sedang mencari lokan dan siput di sungai berkenaan.

“Mereka kemudiannya memukul buaya tersebut dengan apa sahaja yang ada di tangan sehingga salah seorang berjaya mencederakan mata buaya itu yang menyebabkannya melepaskan mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama, di Tuaran semalam.

Advertisement

Mohd Hamizi berkata mangsa tinggal berhampiran dengan sungai paya bakau tersebut.


Katanya, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuaran dan akan dirujuk ke Hospital Kota Belud atau Hospital Papar untuk rawatan lanjut berikutan kecederaan teruk yang dialami.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel