Connect with us

Pilihan Editor

Ahmad Faizal Letak Jawatan MB Perak

IPOH, 5 Dis  — Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Ahmad Faizal, yang gagal memperoleh sokongan dalam usul keyakinan ahli Dewan terhadap Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, berkata beliau telah menyembahkan warkah peletakan jawatan itu kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semasa menghadap baginda di Istana Kinta di sini, pada 3 petang ini.



“Saya menjunjung kasih di atas perkenan Sultan dan di kesempatan berkenaan saya telah menyembahkan warkah peletakan jawatan saya sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

“Saya menyembahkan rasa penghormatan untuk berkhidmat di bawah naungan kerajaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan,” kata beliau dalam sidang media di kediaman lama Menteri Besar Perak di sini, hari ini.

Advertisement

Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang gagal mendapat sokongan dalam usul undi kepercayaan majoriti ahli Dewan, hanya mendapat sokongan 10 undi berbanding 48 menentang, manakala satu berkecuali terhadap usul itu yang dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru).

Ditanya bila peletakan jawatan itu berkuat kuasa, Ahmad Faizal berkata ia terserah kepada Sultan Nazrin untuk memberi perkenan tarikh tersebut.

Ahmad Faizal berkata beliau mewakili seluruh barisan Exco merakamkan terima kasih kepada seluruh barisan pentabdiran kerajaan negeri Perak dan menyifatkan pengalaman kali ini sesuatu yang sangat bermakna serta penuh cabaran.

“Saya telah cuba melakukan yang terbaik dan sebagai manusia biasa yang tidak sempurna dan tentu ada berlaku salah dan silap. Ampun dan maaf daripada saya,” katanya.

Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti dalam usul itu yang undian dijalankan secara bertulis.

Advertisement

DUN Perak merangkumi 25 ADUN Barisan Nasional (BN) yang kesemuanya daripada UMNO, 16 daripada DAP, Bersatu (5), Amanah (5), PKR (3), PAS (3), Gerakan dan Bebas masing-masing satu.

 

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel