Connect with us

Terkini

[Video] YouTuber Paksa Kekasih Buat Aksi Berbahaya Sewaktu Live streaming Sehingga…

Netizen di media sosial digemparkan dengan berita seorang YouTuber berasal dari Rusia yang memaksa teman wanitanya untuk melakukan aksi berbahaya ketika sedang membuat live streaming. Aksi itu turut meragut nyawa teman wanitanya yang sedang hamil.

Difahamkan, Stas Reeflay memaksa teman wanitanya bernama Valya untuk memakai pakaian dalam berada di luar rumah dengan suhu di luar pada ketika itu di bawah sifar darjah celcius.



Stas berbuat demikian selepas penontonnya menyumbang wang sebanyak RM4,000 untuk melakukan aksi berbahaya itu.

Lapor East2West, Valya dibiarkan berada di luar rumah mereka yang terletak di Moscow, selama 15 minit dan hanya dibenarkan memakai pakaian dalam sahaja.

Advertisement

Malangnya, cuaca dingin itu telah meragut nyawa Valya. Meskipun mengetahui keadaan teman wanitanya kritikal, Stas masih tetap meneruskan live stream dan bertanya, “Valya, kamu masih hidup? Sayang, kamu kenapa? Valya! Valya! Sayang, tolong katakan sesuatu. Saya bimbang. S**l! Aku tak dapat rasa degupan jantungnya,” kata Stas.

“Gais, tiada denyutan nadi. Dia pucat dan tidak bernafas,” tambahnya.

Setelah beberapa minit kemudian, polis dan paramedik tiba di rumah. Malangnya, Valya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana dipercayai mengalami hipotermia.


Stas kini berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut kerana didakwa dengan sengaja membunuh teman wanitanya. Jika didapati bersalah, Stas boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun. – Agensi

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel