Politik Perak: Bersatu Setuju Perkukuh Kerjasama Dengan PAS

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu bersetuju memperkukuhkan kerjasama dengan PAS melalui Perikatan Nasional (PN) dalam usaha mengekalkan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.


Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju bahawa semua keputusan berkaitan penubuhan kerajaan Perak yang baharu akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan PN terutama PAS yang terlibat secara langsung.

“Dalam mesyuarat itu, MPT sekali lagi menzahirkan rasa kesal terhadap usul keyakinan majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak yang diusulkan oleh UMNO tetapi tidak disokong oleh UMNO dan Pakatan Harapan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Ahmad Faizal, yang juga Timbalan Presiden Bersatu dan ADUN Chenderiang, gagal memperoleh sokongan majoriti wakil rakyat apabila hanya menerima 10 undi menyokong beliau sebagai menteri besar manakala 48 tidak menyokong dan satu berkecuali.

Advertisement


Usul itu dibawa oleh ADUN Pengkalan Baru daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Abd Manap Hashim.

DUN Perak merangkumi 25 ADUN (BN) yang kesemuanya daripada UMNO, 16 (DAP), Bersatu (5), Amanah (5), PKR (3), PAS (3), Gerakan dan Bebas masing-masing satu.

— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

13 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

15 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago