Connect with us

Politik

Capai Kata Sepakat, BN, Pas Dan Bersatu Setuju Cadang Saarani Sebagai MB Perak Baharu

Perikatan Nasional (PN) sebulat suara bersepakat mencadangkan Shaarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

PN menerusi satu kenyataan memaklumkan, persepakatan bagi cadangan tersebut diputuskan untuk diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.



“Perbincangan hari ini juga telah mencapai kata sepakat mengenai pelantikan-pelantikan lain dalam kerajaan negeri.

“Ketiga-tiga parti turut bersepakat untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara parti dalam kerajaan PN di Perak juga di peringkat nasional demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat,” maklum kenyataan tersebut hari ini.

Advertisement

Mesyuarat pembentukan kerajaan baharu Perak hari ini turut dihadiri sama oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin; Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi.


“Dalam perbincangan ini, Pengerusi BN telah menyampaikan pernyataan maaf bagi pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN-ADUN) BN Perak atas kekhilafan yang berlaku” tambah kenyataan itu lagi.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel