Diajak Keluar Jam 4 Pagi, Kanak-Kanak Perempuan Dirogol Lebih 10 Remaja Lelaki

Malang nasib seorang kanak-kanak perempuan diratah lebih 10 remaja lelaki dalam kejadian yang berlaku di Chukai, Isnin lalu, lapor Harian Metro.

Pada jam pagi, mangsa yang berusia 12 tahun itu terdahulu menerima mesej di aplikasi WhatsApp dari rakan lelaki yang mengajaknya keluar. Suspek datang ke rumah nenek mangsa di Kijal, bersama dengan lima rakannya lalu membawa mangsa pergi ke rumahnya.

Di situ, mangsa mendakwa dia telah diraba dan dirogol sekumpulan remaja terbabit.

Advertisement

“Mangsa meminta suspek menghantarnya pulang, namun suspek membawa mangsa ke rumah rakannya yang lain lalu dirogol,” kata sumber.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian iu berlaku dan seramai 10 remaja lelaki berusia dari 14 hingga 19 tahun telah ditahan di sekitar Kemaman semalam untuk membantu siasatan.

Kesemua suspek direman sehingga Ahad ini untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Beberapa lagi suspek lain yang disyaki terbabit dalam kes rogol itu sedang diburu.


Sumber: Harian Metro

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago