Gadis Rusia Maut Terkena Renjatan Elektrik Selepas iPhone 8 Yang Sedang Dicas Terjatuh Dalam Tab Mandi

Seorang wanita terkena renjatan elektrik setelah telefon pintarnya, iPhone, yang sedang dicas terjatuh ke dalam tab mandi.

Mangsa, Olesya Semenova, 24, ditemui tidak bernyawa oleh rakan serumahnya di bandar Arkhangelsk, Rusian.

“Saya menjerit dan cuba mengoncang badannya, tetapi dia kelihatan pucat dan tidak bernafas serta langsung tidak menunjukkan sebarang tanda masih bernyawa,” kata rakannya, Daria, kepada operator talian kecemasan.


“Saya benar-benar takut. Apabila saya sentuh dia, terasa renjatan elektrik dan dalam masa yang sama saya ternampak ada telefon bimbit di dalam tab mandi, yang juga sedang dicas,” katanya.

Advertisement

Paramedik kemudian datang ke lokasi kejadian dan mengesahkan Semenova yang bekerja sebagai kakitangan butik pakaian, telah meninggal dunia di dalam tab mandi. Turut ditemui iPhone 8 milik mangsa di dalam tab mandi tersebut yang masih disambung pada kabel pengecas.


Kementerian kecemasan Rusia mengeluarkan amaran kepada orang awam untuk sentiasa berhati-hati dan tidak membawa sebarang peralatan elektrik ke bilik air atau yang sewaktu dengannya, selepas berita mengenai kejadian itu dilaporkan media tempatan.

Sumber: Daily Mail

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

3 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

8 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago