Connect with us

Pilihan Editor

PAS Perak Mohon Ampun Kepada Sultan Nazrin

IPOH, 11 Dis  — PAS Perak hari ini menzahirkan permohonan maaf dan memohon ampun kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah atas kekhilafan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu kerana tidak menghadap baginda sepertimana dititahkan, Selasa lalu.


Pesuruhjayanya Razman Zakaria berkata parti itu sentiasa menjunjung tinggi institusi kesultanan negeri Perak dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap Sultan Nazrin.

“Kami dengan rasa rendah hati menzahirkan permohonan ampun kepada Sultan Perak atas kekhilafan tidak menghadap sebagai mana titah ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan pada Selasa, 8 Dis pukul 3 petang,” katanya dalam sidang media di pejabat Badan Perhubungan PAS Perak, di sini, hari ini.

Advertisement

Razman, yang juga ADUN Gunung Semanggol berkata beliau dan dua lagi wakil rakyat PAS Perak iaitu Mohd Akmal Kamarudin (Selama) dan Mohd Khalil Yahaya (Kubu Gajah) akan mengutus warkah secara rasmi bagi memohon maaf kepada Sultan Nazrin.

Selasa lalu, Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini memberitahu pemberita di luar Istana Kinta di sini, Sultan Nazrin telah menitahkan wakil daripada PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya menghadap baginda.

Bagaimanapun, PAS  membatalkan pertemuan itu atas arahan pucuk pimpinan, manakala Bersatu tidak hadir kerana belum menerima titah menghadap secara rasmi.

Semalam, ketika istiadat angkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, tiada ADUN daripada PAS dalam senarai awal yang dilantik sebaliknya hanya melibatkan empat ADUN UMNO dan seorang daripada Bersatu.

Advertisement

Semasa pentadbiran sebelum ini, Razman dan Mohd Akmal telah dilantik sebagai Exco.

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel