Connect with us

Jenayah

Budak 12 Tahun Disyaki Liwat Anak Saudaranya Berusia 4 Tahun

Polis menahan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang disyaki meliwat anak saudaranya sehingga menyebabkan mangsa tidak dapat duduk akibat kecederaan yang dialami.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku pada Rabu, 8 Disember 2020 di sebuah rumah kedai di Kampung Gajah Mati. Suspek merupakan adik kepada bapa mangsa yang tinggal bersama keluarga mangsa sejak setahun lalu selepas kematian ibunya.



Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian yang menimpa mangsa hanya disedari oleh pengasuhnya setelah mendapati kanak-kanak berusia 4 tahun itu tidak dapat duduk dan mengadu sakit di bahagian punggung.

Pengasuh kemudian memaklumkan kepada ibu mangsa yang datang pada sebelah petang untuk menjemput anaknya pulang. Sebelum itu juga, mangsa ada mengadu kepada pengasuhnya mengenai perbuatan suspek.

Advertisement

Bimbang dengan keadaan kanak-kanak itu, si ibu terus membawa anaknya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk menjalani pemeriksaan sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.


Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel