Connect with us

Politik

Sokongan 113 Ahli Parlimen, Anwar Dijangka Mengadap Agong Dalam Masa Terdekat?

Khabar angin bertiup kencang mengatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi dari kalangan Ahli Dewan Rakyat.

Sumber dalaman PKR memberitahu Astro AWANI bahawa beliau sudah mempunyai 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD).



Dengan jumlah tersebut, ia sekali gus memberi peluang kepada Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR, untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber itu lagi, Anwar sedang dalam perancangan untuk memohon perkenan menghadap Agong di Istana Negara dalam masa terdekat.

Advertisement

“Bagaimanapun ia tertakluk kepada jadual Tuanku Baginda,” menurut sumber itu lagi.

Dalam satu sidang media khas pada 23 September lepas, Anwar dilaporkan sebagai berkata beliau sudah mempunyai jumlah sokongan yang disifatkan “kukuh dan meyakinkan” untuk menjadi Perdana Menteri baharu.

Beliau kemudian diperkenan mengadap Agong pada 13 Oktober, dan telah mempersembahkan dokumen yang didakwa mengandungi butiran sokongan majoriti Ahli Parlimen yang diperlukan.

Bagaimanapun Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan susulan berkata, Anwar tidak mempersembahkan senarai nama Ahli-ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau.

“Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.

Advertisement


Dalam pada itu seorang pegawai menteri memberitahu Astro AWANI bahawa usaha terbaharu Anwar itu bukan sekadar khabar angin.

“Dengarnya usul itu akan cuba digerakkan sebelum Dewan Rakyat tamat pada Khamis depan (17 Disember, 2020).

“Berkemungkinan Anwar akan umum perkara ini esok atau lusa. Tetapi kami dengar ia akan berlaku sewaktu 3rd reading Budget (Bacaan Kali Ketiga Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021, hari Selasa. Heard this time with SDs (kali ini dengan SD),”

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel