Connect with us

Terkini

‘Aduuhhh Aii! Jangan Saman Saya Bang!’ – Budak Kantoi Tunggang Motor Tanpa Lesen, Meraung Minta Belas Kasihan

Viral video di media sosial yang menunjukkan seorang polis trafik menahan dua kanak-kanak lelaki menunggang motosikal tanpa lesan tidak memakai topi keledar.

Dalam kejadian yang berlaku di Kalimantan Selatan, Indonesia pada Sabtu, 5 Disember 2020, dua kanak-kanak itu menunggang motosikal tanpa memakai helmet dan masih di bawah umur.



Mereka kemudian ditahan oleh seorang anggota polis trafik yang lengkap dengan rotan dan menunggu di tepi jalan. Belum sempat dikenakan tindakan, kanak-kanak lelaki itu terus meraung sambil menangis tidak mahu dikenakan saman. Malah dia sanggup melepaskan motosikalnya begitu sahaja tetapi sempat ditahan oleh anggota terbabit.

“Aduuuhhhhh ai! Janganlah saman saya,” katanya.

Advertisement

Motosikal itu disita dan dibawa ke balai polis. Kanak-kanak terbabit turut mengikuti anggota itu sambil menangis dan merengek serta menghayunkan kakinya kerana kesal ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Tapin, Guntur Setyo Pambudi berkata, anggotanya sengaja mengambil tindakan kerana perbuatan dua kanak-kanak itu adalah salah di sisi undang-undang.

“Berbahaya untuk dirinya sendiri, berbahaya juga untuk pengguna jalan raya lain. Mereka masih berada di bawah umur dan tidak sesuai untuk menunggang motosikal di jalan raya.

“Lebih baik jangan menunggang motosikal langsung kerana mereka belum matang. Kami juga mendapati ada golongan kanak-kanak terbabit dalam aksi lumba haram mahupun hanya sebagai penonton,” katanya.


Justeru, Guntur menasihatkan ibu bapa untuk tidak membiarkan anak-anak yang masih berada di bawah umur untuk menunggang motosikal. – Agensi

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@ndorobeii)

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel