Connect with us

Politik

‘Saya Tidak Tahu’ – Bung Moktar Nafi Kemuka SD Sokong Anwar

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini menafikan dakwaan, kononnya beliau merupakan antara 10 Ahli Parlimen daripada UMNO yang mengemukakan akuan bersumpah (SD), menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, bukan sesuatu yang mudah bagi seseorang pemimpin politik untuk mendapatkan sokongan dalam bentuk SD, yang mana sokongan tersebut akan menentukan pembentukan kerajaan dalam sesebuah negara.

“Soal nama saya dikaitkan itu, saya tidak tahu. Saya sudah buat kenyataan bulan lalu yang tidak pernah beri sokongan kepada mana-mana pihak. Yang penting kita secara individu tidak pernah menyokong mana-mana pihak termasuk Anwar, untuk jadi ketua negara,” kata Pengerusi Barisan Nasional Sabah itu menerusi kenyataan hari ini.

Sebuah stesen televisyen swasta hari ini melaporkan Anwar mewakili Pakatan Harapan telah memperoleh sokongan 10 Ahli Parlimen UMNO dan akan mempersembahkan SD sokongan itu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Advertisement

Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah berkata, dakwaan yang mengaitkan namanya adalah spekulasi pihak tidak bertanggungjawab, dan meminta isu itu dihentikan segera kerana ia mengelirukan rakyat.

“Banyak lagi kerja lain untuk saya buat, khususnya menumpukan kepada masalah rakyat. Jika benar pihak yang mendakwa itu cukup majoriti, bawa SD itu dan persembahkan kepada Al-Sultan Abdullah. Tidak perlu buat kenyataan.

“Sesiapa yang ada keyakinan diri, bawa dan menghadap (Al-Sultan Abdullah). Jangan pula buat permohonan menghadap dengan tangan kosong,” katanya.

— BERNAMA

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel