Dr Mahathir Sedia Sokong Anwar Jadi PM Jika…

Tun Dr Mahathir Mohamad sedia menyokong keputusan majoriti termasuk jika ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan mencukupi Ahli Parlimen untuk dipilih sebagai Perdana Menteri.

“Kita ikut apa yang majoriti (Ahli Parlimen) mahu,” kata Ahli Parlimen Langkawi itu ketika sidang media bersama dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di Yayasan Albukhary, hari ini.


Tengku Razaleigh yang berada di sebelah Dr Mahathir pada sidang media itu pantas mencelah dengan bertanya “Benarkah begitu (Anwar ada sokongan)?”.

Dr Mahathir mengulas mengenai dakwaan Anwar memiliki sokongan Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri termasuk dari 10 Ahli Parlimen UMNO.

Advertisement

Beberapa media semalam melaporkan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson didakwa mempunyai majoriti untuk mengambil alih kerajaan sedia ada, termasuk dakwaan menerima sokongan 10 Ahli Parlimen UMNO.

Namun, sejak semalam dan hari ini, beberapa Ahli Parlimen UMNO yang dikaitkan menyokong Anwar menafikan dakwaan itu.

Ahli Parlimen terbabit antaranya Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit); Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan); Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar) dan Datuk Mohamad Alamin (Kimanis).

Sementara itu, Dr Mahathir menganggap sokongan yang dinyatakan menerusi SD itu tidak boleh dipercayai dan selalu berubah-ubah.

“Soal SD ini banyak yang ditandatangani. Semua orang ‘sign’. Dulu sokong saya 100 peratus tapi tidak menang juga (jadi Perdana Menteri). Ini apa yang berlaku kepada Ahli Parlimen kita,” katanya.

Advertisement

Beliau turut mengulangi pendiriannya untuk tidak mahu bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


“Saya tidak boleh bekerjasama. Saya minta maaf. Saya dijemput untuk menjadi Perdana Menteri sebelum (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin), saya kata satu kerajaan yang bergantung kepada Najib bukanlah satu kerajaan yang boleh saya terima,” katanya.

 

Sumber: BH Online

 

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

3 mins ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

6 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago