Connect with us

Kemalangan

Ibu Terselamat Dalam Kemalangan Sebenarnya Belum Tahu Tiga Anak Sudah Pergi Buat Selamanya

Perjalanan empat beranak berakhir dengan tragedi pilu apabila terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 272.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gunung Lang, Ipoh, pada Rabu.

Namun, memetik laporan Sinar Harian, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, yang kini menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kerana mengalami pendarahan dalaman, masih belum mengetahui ketiga-tiga anaknya sudah meninggal dunia.



Abang mangsa, Muhd Jazli Aiman, 31, seperti dilaporkan Sinar Harian memberitahu, Nur Aimi telah dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pagi tadi dan keadaan kesihatannya semakin stabil.

“Kami masih belum berkesempatan jumpa adik di ICU, namun doktor yang merawatnya ada memaklumkan keadaannya semakin baik,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Jabatan Forensik HRPB hari ini.

Advertisement

Menurut Jazli, adiknya yang tinggal berasingan dengan suami kerana tuntutan kerja, bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang.

Dia sebelum itu pulang ke kampung di Melaka untuk bercuti bersama anak-anak sebelum terlibat dalam nahas ketika ingin kembali ke Pulau Pinang.

“Ketika kejadian, dia dan tiga anaknya dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang selepas menghabiskan masa bercuti di kampung kami di Melaka,” katanya memetik Sinar Harian.

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, Nur Aimi tersepit selepas kereta jenis Perodua Axia dinaiki bersama tiga anak lelakinya itu hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebuah lori yang berada di lorong kecemasan.

Advertisement

Tiga anaknya, Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafiz, 7, Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy berusia setahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Difahamkan, setelah bedah siasat dijalankan, mayat kesemua mereka akan dibawa ke kampung di Sungai Putat, Melaka untuk urusan pengebumian pada malam ini.

Sumber: Sinar Harian & SiakapKeli

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel