‘Saya Sendiri Pun Tak Setuju Dengan Nama Tu’ – Beri Nama Stadium Tanpa Kelulusan, Hakim Ariff Akan Dikenakan Tindakan

Alor Setar: Kerajaan negeri menyerahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor berikutan menamakan stadium mini di daerah itu tanpa kelulusan.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, proses menamakan jalan, bangunan atau stadium seharusnya dibawa ke peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum diluluskan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).


Beliau berkata, kerajaan negeri mendapati nama Stadium Mini Ffira Mikah hanya dibincang di peringkat Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) sehingga mencetuskan kontroversi kerana didakwa menggunakan nama terbalik Hakim Ariff.

“Sepatutnya PBT berkenaan mengangkat nama itu untuk dibincangkan pada mesyuarat Exco terlebih dulu, itu prosedur kita biasa lakukan untuk menamakan apa saja nama jalan, taman perumahan atau stadium di negeri ini.

Advertisement

“Saya sendiri tidak bersetuju dengan nama itu, jadi saya serah kepada SUK untuk ambil tindakan sewajarnya kepada pegawai daerah terbabit sesuai dengan urusan pentadbiran,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Stadium Mini Ffira Mikah di Kuala Nerang yang dimiliki MDPT dirasmikan Hakim Ariff selaku Pegawai Daerah pada 7 Disember lalu, selepas dinaik taraf, namun tindakan menurunkan nama stadium itu sudah dilakukan pada Sabtu lalu.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi, berkata tiada nama baharu dikemukakan MDPT untuk dibincangkan pada mesyuarat Exco bagi menggantikan nama Ffira Mikah.


“Hanya selepas Exco lulus boleh guna nama itu dan saya tidak fikir mereka akan guna balik nama Ffira Mikah kerana nama itu menyebabkan Padang Terap terkenal di seluruh dunia.

“Ada rahmat juga di sebalik nama itu, orang ramai mula cari di mana Padang Terap? Cuma saya sendiri terpalit apabila ada orang kaitkan kononnya saya yang cadangkan nama itu, tetapi itu tidak benar,” katanya.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago