Connect with us

Terkini

Tun Mahathir Hadir Ziarah Tun Rahah

Beberapa Ahli Parlimen dan pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara yang tiba di Masjid Ar-Rahah, di Kampung Kerinchi, di sini untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah.


Tun Mahathir yang menaiki kereta Mercedes berwarna biru gelap, tiba sekitar jam 9.05 pagi bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tun Mahathir dan Najib yang dikenali berseteru mengetepikan perbezaan politik di pengkebumian Allahyarhamah di Masjid Ar Rahah di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur pagi ini.

Advertisement

Beberapa Ahli Parlimen turut kelihatan tiba untuk menziarah jenazah balu Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein itu.

Antaranya Ahli Parlimen Baling daripada UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, serta tiga wakil rakyat DAP, Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.


Tun Rahah merupakan isteri kepada perdana menteri kedua Abdul Razak Hussein.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Prince Court pada usia 87 tahun.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel