Connect with us

Mahkamah

Mahkamah Tolak Permohonan Semakan Kehakiman 204 Pekebun Durian Musang King Raub

KUANTAN, 23 Disember – Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan 204 pekebun durian Musang King Raub bagi mengetepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terhadap mereka.

Hakim, Datuk Zainal Azman Ab Aziz berpuas hati dengan hujah-hujah pihak responden.



Peguam Plaintif, Siew Choon Jern berkata, keputusan berdasarkan dua alasan.

Pertama, notis pengusiran yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri bukan tindakan bawah lingkungan semakan kehakiman.

Advertisement

Manakala pekebun adalah penceroboh serta tidak mempunyai hak di sisi undang-undang.

Plaintif juga perlu menjelaskan kos sebanyak RM10,000 kepada Jabatan Peguam Negara.

Terdahulu, pekebun memfailkan permohonan bagi menyemak notis pengosongan tanah yang ditanam pokok durian Musang King di sekitar Raub, termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau yang dianggarkan seluas 2,167 hektar.


Selain itu mereka juga mahu mendapatkan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberi pajakan dan hak penggunaan tanah kebun itu kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Sumber: Berita RTM

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel