Connect with us

Terkini

“Rasa Macam Ada Tangan Lagi…,” Luahan Sebak Pakcik Kerja Selenggara Tangan Terpaksa Dipotong Saat Dikunjungi Ustaz Ebit

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew meziarahi pekerja penyelenggaraan jalan yang dilanggar dalam satu kejadian di Johor Bahru baru-baru ini.

Usai menyampaikan ceramah di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Muar, beliau terus menuju ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk melawat insan tersebut.



Walaupun pertemuan itu ringkas, namun Ustaz Ebit tidak mampu menahan sebak ekoran insan itu sudah kehilangan tangan kanannya akibat dipotong.

“Pakcik ini menangis tadi. Katanya, terasa macam ada tangan lagi. Rasa macam nak gerakkan jari.

Advertisement

“Pakar minta abang ni selalu usap tangan tu dan cakap tangan dah tiada. Allah ambil, InsyaAllah nanti di akhirat, semuanya sempurna,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Walaupun kudung, masih fikir tanggungjawab

Lebih menyentuh hati apabila Ustaz Ebit mendakwa, insan tersebut masih terfikir soal tanggungjawab kepada keluarga meskipun fizikalnya kini sudah tidak sempurna.

“Pakcik ini tanya macam mana nak bawa kereta nak hantar isteri kerja. Isteri tak boleh bawa kereta. Biasa hari-hari ambil hantar isteri dan anak,” luahnya.

Di kesempatan itu, Ustaz Ebit mengajaknya untuk menadah tangan dan berdoa kepada Allah SWT bersama-sama, memohon kekuatan serta ketabahan daripada-Nya.

Tidak lupa juga, sumbangan sebagai ‘buah tangan’ turut dihulurkan Ustaz Ebit kepadanya.

Advertisement

“Masa beri sedikit sumbangan, abang ni menangis katanya kenapa banyak sangat ustaz.

“Ya Allah. Pakcik tadi doakan saya. Semoga Allah beri kekuatan pada abang, isteri dan anak-anak.

“Terima kasih PDRM. Terima kasih Polis Johor yang bersama-sama tadi dan jamu kami makan tengah hari. Terima kasih pegawai hospital dan semua kakitangan hospital yang bersama kami. Baik-baik orang Johor,” tambahnya.


Mengimbas kembali, individu berkenaan dilanggar lari oleh sebuah lori di Kilometer 28, Lebuhraya Pasir Gudang dalam satu kejadian pada Selasa kelmarin.

Kecederaan parah yang dialaminya mengakibatkan pihak perubatan terpaksa memotong tangan kanannya.

Advertisement

Sumber: Ustaz Ebit Lew & SiakapKeli

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel