Connect with us

Politik

Bekas Speaker DUN Johor Tan Sri Mohamad Aziz Meninggal Dunia

JOHOR BAHRU — Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Tan Sri Mohamad Aziz meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Sultan Ismail di sini malam ini.

Anak Allahyarham, Shukur, ketika dihubungi mengesahkan Mohamad, 80, meninggal dunia pada 10.10 malam.



Beliau berkata jenazah bapanya akan dibawa pulang ke kediaman di Jalan Kemuncak 12, Taman Nong Chik di sini dan dijangka dikebumikan pada 9.30 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff.

Allahyarham dilantik sebagai Speaker DUN Johor dari 2013 hingga 2018 dan pernah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Parit Yaani serta Ahli Parlimen Sri Gading dari 1986 hingga 2013.

Advertisement

Beliau juga pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri serta memegang portfolio Pengerusi Pembangunan Sosial dan Kebajikan Masyarakat.


Dalam bidang politik, Mohamad pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Tetap UMNO bagi tempoh 2009 hingga 2017 dan menjadi Ketua Bahagian UMNO Bahagian Sri Gading.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel