‘Jangan Tipu, Jangan Aniaya Petugas Barisan Hadapan’ – Dr. Noor Hisham Kecewa Selepas Seorang Doktor Dijangkiti Covid-19

Baru-baru ini, berlaku satu lagi kes pesakit COVID-19 tidak bertanggungjawab yang sanggup menipu pihak hospital bahawa dirinya sihat.


Sikap pesakit tersebut telah mengakibatkan salah seorang doktor yang merawatnya turut sama dijangkiti virus itu.

Kejadian ini dialami sendiri oleh seorang petugas kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) di sebuah pusat perubatan, Dr. Nur Marini Zainal.

Ia dikongsi menerusi laman Facebooknya beberapa hari lalu sebelum tular dan mendapat perhatian serius warganet. Mari ikuti pendedahan ini.

Advertisement

Pesakit tipu saringan, petugas kesihatan menjadi mangsa COVID-19

Gambar: Dr. Nur Marini Zainal

Seorang pesakit telah datang ke hospital dan disaring di pintu masuk jabatan sebelum menjalani pemeriksaan imbasan Tomografi Berkomputer (CT scan).

Suhu normal. Pesakit mengaku sihat dan dibenarkan masuk.

Saya merupakan doktor yang menyediakan pesakit ini untuk diimbas, merangkumi penerangan tentang prosedur, pemasangan IV Branula dan sebagainya.


Terkejutnya kami apabila melihat gambar paru-parunya di CT sama seperti paru-paru pesakit COVID-19.

Apabila ditanya semula, akhirnya dia mengaku yang dia alami batuk dan demam selama seminggu, tetapi berasa sedikit sihat untuk datang ke temujanji CT. Allahu.

Ternyata tindakannya menyusahkan orang lain. 

Advertisement

Pesakit disahkan positif COVID-19 selepas dua hari.

Tak sangka jadi kontak

Pada mulanya saya dikategorikan sebagai kontak berisiko rendah, sebab kedua-duanya memakai pelitup muka pembedahan (bagi pesakit berisiko rendah) dan pesakit (juga) tidak batuk di hadapan saya.

Cuma jarak tidak dapat dielakkan kerana terpaksa menyediakan saluran IV untuknya sebelum imbasan CT.

Masa kontak tidak lama, lebih kurang lima hingga 15 minit. Saya mengamalkan cucian sanitasi tangan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sebab saya memang paranoid.

**info: penggunaan alat perlindungan diri (PPE) penuh hanya digunakan bagi petugas yang merawat pesakit berisiko tinggi kerana stok PPE adalah terhad.

Advertisement

Saya diberitahu bahawa tiada kuarantin atau swab diperlukan buat masa sekarang. Tetapi hati ini kurang senang, saya ambil keputusan untuk menjalani swab di hospital lain.

Saya mengambil keputusan untuk kuarantin sendiri walaupun tidak bergejala. Namun sempat bekerja selama dua hari di jabatan sebelum dikuarantin.

Keputusan swab mendapati saya positif

Saya menangis semasa dapat tahu sebab sedih terpaksa terpisah dengan anak-anak dan suami, risau terhadap keluarga dan rakan sekerja yang mungkin saya jangkiti dan kecewa terhadap sikap pesakit saya.

Cerita dalam wad, saya akan tulis dalam perkongsian seterusnya.

Advertisement

Moral daripada kes ini, mohon jangan tipu kami sekiranya anda bergejala. Tindakan anda melibatkan pesakit-pesakit lain, petugas kesihatan serta keluarga mereka. Kami juga manusia.

Amaran tegas daripada Dr. Noor Hisham

Kisah benar ini tular hingga mendapat lebih 13,000 tanda ‘suka’, hampir 600 komentar warganet serta 10,000 perkongsian sehinggalah sampai ke pengetahuan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Mungkin atas rasa ‘kecewa’ dengan sikap pesakit tersebut, Dr. Noor Hisham memberi amaran tegas dalam satu hantaran ringkas di Facebooknya hari ini.

“Jangan TIPU frontliners. KAMI juga perlu dilindungi, kami ada keluarga, ada rakan-rakan. Jangan aniaya frontliners,” katanya dalam hantaran tersebut.

Hantaran ringkas bernada tegas tersebut membuktikan kes penipuan yang dilakukan pesakit itu adalah sesuatu yang amat serius.

Semoga kejadian ini membuka mata orang ramai bahawa maklumat palsu yang diberikan kepada petugas kesihatan di kala waktu yang genting ini adalah ditegah sama sekali.

Advertisement

Semoga ada pengajaran yang boleh diambil. Ingat pesan Dr. Nur Marini, jangan sesekali tipu doktor kalau anda bergejala. Berikan maklumat tepat agar tidak membahayakan orang lain.

Jangan kerana kecuaian kita, orang lain menjadi mangsa.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

17 hours ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

2 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

2 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

3 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

3 days ago

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Orang awam sempat mengajar mangsa yang dihempap pokok yang… Read More

4 days ago