Perang COVID-19 Kian Sengit – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – Peperangan melawan pandemik COVID-19 masih belum tamat, malah kian sengit yang memerlukan kesepaduan rakyat dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menanganinya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata usaha KKM membendung penularan COVID-19 dalam negara tetap diteruskan dan kemudahan kesihatan awam dalam mendepani pandemik itu setakat ini masih boleh bertahan.


“Peperangan masih belum tamat dan semakin sengit. Kita perlu bersatu dan kesepaduan akan membezakan sama ada kita akan menangani COVID-19 dengan baik,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran buku mewah berjudul ‘The Fight Against Uncertainty: Hospital Services Journey In Combating COVID-19’, yang dilaksanakan secara maya, di sini hari ini.

Sambil mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua rakyat Malaysia, Dr Noor Hisham sekali lagi mengingatkan masyarakat supaya mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, sentiasa mencuci tangan dan elak tempat serta ruang sesak ketika berhimpun di ambang tahun baharu bersama keluarga.

Advertisement

“Kalau boleh jangan berhimpun, kalau terpaksa berhimpun pastikan dalam jumlah kurang 10 orang dan patuh SOP yang diketengahkan KKM,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon.

Dr Noor Hisham juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga KKM, petugas barisan hadapan serta petugas media yang bersama-sama KKM memerangi COVID-19 sepanjang 2020.

“Tempoh setahun ini, peperangan itu adalah kelesuan mental dan fizikal untuk petugas KKM dan juga rakyat. Kita masih belum menang dan diharap 2021 kalau semua orang patuh SOP, insya-Allah kita boleh putuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam negara,” katanya.

Mengulas mengenai buku berkenaan, Dr Noor Hisham berkata buku setebal 158 muka surat itu diterbitkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Perkhidmatan Hospital, Program Perubatan, yang memaparkan kompilasi penulisan ringkas dengan foto yang menarik tentang perjalanan peperangan petugas hadapan dalam memerangi COVID-19 pada 2020.


“Penerbitan buku itu amat bermakna kerana perjalanan peperangan petugas barisan hadapan dalam memerangi COVID-19 sejak setahun lepas diterjemahkan dalam tulisan yang merupakan detik berharga untuk dikongsi serta diceritakan kepada generasi akan datang,” katanya.

Advertisement

Sebanyak 350 buku dicetak melalui sumbangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan akan diedarkan kepada KKM, pengarah kesihatan negeri, kementerian dan agensi lain, universiti serta Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM).

Orang ramai yang berminat melihat buku mewah tersebut boleh melayari laman rasmi KKM.

— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

1 day ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

4 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

4 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

6 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

6 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

6 days ago