Connect with us

Kemalangan

Bayi Empat Bulan Serta 3 Kanak-Kanak Antara 9 Disahkan Maut Kereta Terhumban Dalam Sungai

KUCHING, 1 Jan —  Dua wanita, tiga remaja, tiga kanak-kanak serta seorang bayi lelaki berusia empat bulan disahkan meninggal dunia dalam tragedi kenderaan pacuan empat roda (4WD) terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di Jeti Feri Friso, kira-kira 120 kilometer dari sini, pada 3 petang tadi.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mereka dikenal pasti sebagai Ronany Ting, 33, yang memandu 4WD itu serta penumpang Siti Aisha Abdullah, 36.

Turut terkorban ialah Nor Shuhada Mohamad, 16 (perempuan); Khairunnisa Muhamad, 14 (perempuan); Alvin Phang, 12 (lelaki) dan tiga kanak-kanak lelaki iaitu Wallace Phang,7; Mohd Aiman Mohd Hamdan, 7 dan Muhd Mustaqim Mohd Hamdan, 5.

Bayi lelaki itu pula dikenal pasti sebagai Mohd Ahmad Mohd Hamdan.

Advertisement


“Pengesahan kematian mangsa telah dibuat oleh (seorang) pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Beladin,” kata jurucakap itu.

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel