Connect with us

Politik

‘Dakwaan Anwar Ada Majoriti Utuh, Pergi Baliklah’ – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membayangkan kerjasama antara beliau dan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berulang lagi.

Malah, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Anwar sendiri yang menolak bulat-bulat tawaran beliau untuk kembali mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) selepas dijatuhkan dari Putrajaya, awal tahun ini.



Selain itu, Dr Mahathir secara sinis berkata “Pi baliklah”, merujuk kepada kenyataan berulang kali Anwar bahawa Presiden PKR itu mempunyai jumlah bilangan Ahli Dewan Rakyat yang “strong, formidable, convincing” untuk menjatuhkan Perikatan Nasional (PN), yang akhirnya gagal direalisasikan.

“Bila Pakatan Harapan kalah, tak jadi kerajaan kita cuba kerja (kembali). Walaupun Bersatu (ketika itu) tidak ada dalam Pakatan Harapan, kita ada apa yang dipanggil Pakatan Harapan Plus. Dan kita tawar untuk kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Advertisement

“Anwar tolak saya bulat-bulat. Tak boleh jadi apa pun, tak boleh masuk (kembali ke PH). Jadi yang tolak ni bukan saya tetapi dia,” katanya kepada sidang media selepas menghadiri majlis Amanat Perjuangan 2021 anjuran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Selangor, di ibu negara hari ini.

Dr Mahathir berkata, Anwar juga enggan membenarkan orang lain menjadi calon Perdana Menteri, walaupun pada hakikatnya beliau sendiri tidak mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi.

“Saya nak kerjasama juga, saya offer kepada dia. Tak apa lah saya jadi Perdana Menteri cuma enam bulan…oh tak boleh, dia punya yang ni. Bagi nama Datuk Seri Shafie Apdal pun tak boleh, dia (Anwar) sahaja nak jadi Perdana Menteri. Tapi dia tak boleh jadi Perdana Menteri, kalau tidak ada sokongan yang cukup.

“Kalau tak ada kami (Pejuang) dia tak ada sokongan yang cukup. Dan berapa kali dia kata apa tu .. Strong, Formidable, Convincing Majority. Pi balik lah…,” katanya secara sinis.

Advertisement

Sebelum ini Anwar dilaporkan berkata, Pakatan Harapan (PH) boleh mengundang sesiapa sahaja untuk menyertai gabungan itu ataupun di bawah payung PH Plus, tetapi dengan syarat harus patuh kepada prinsip penubuhannya.

Selain itu beliau berkata, mana-mana ahli politik atau parti yang ingin menyertai PH tidak boleh sama sekali membawa agenda kepentingan peribadi atau cuba membawa kembali budaya kebobrokan ke dalam gabungan berkenaan.

Menurut beliau, soal sama ada Dr Mahathir dan Pejuang atau mana-mana parti yang ingin menyertai gabungan itu, terserah kepada kelulusan PH melalui Majlis Presidennya.- Astro Awani

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel